Monday, April 24, 2006

FESTIVAL FILEM PENDEK MALAYSIA 2006

FESTIVAL FILEM PENDEK MALAYSIA 2006

Penganjuran Festival Filem Pendek Malaysia 2006 (FFiPMa'06) adalah bertujuan untuk
mengiktiraf karyawan dan karya filem pendek yang dinilai terbaik dalam menggalakkan
pembangunan industri filem pendek di Malaysia, di samping menjadi ruang pertemuan
dan platform untuk bakal pembikin filem baru yang mempunyai bakat kreatif dan unik
dalam dunia perfileman. Objektif penganjuran FFiPMa'06 adalah:

Membantu menyemarakkan penerbitan filem pendek di kalangan penggiat filem tempatan,
Meningkatkan kualiti dan kreadibiliti filem pendek dalam mencapai tahap standard untuk
pasaran dalam dan luar negara;
Memberi pengiktirafan dan sokongan kepada penggiat-penggiat filem pendek tempatan,
dan;
Mempromosikan negara melalui filem-filem pendek ke peringkat antarabangsa.

FFiPMa'06 akan diadakan di Dewan Perdana, Aras Concourse, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 24 Jun 2006, yang akan dirasmikan oleh YB Datuk
Seri Utama DR. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa).

*

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

FESTIVAL FILEM PENDEK MALAYSIA 2006 (FFiPMa'06)

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap
Malaysia.

2. Penyertaan terbuka kepada professional dan amatur.

3. Tema karya adalah bebas asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama/bangsa dan
unsur-unsur keganasan melampau atau seks yang jelas. Bahan cerita mestilah asli/
original.

4. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada filem pendek yang telah diterbitkan
dalam tempoh Januari 2004 hingga Disember 2005. Terdapat tiga kategori filem pendek
yang dipertandingkan dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk
menyertai ketiga-tiga kategori tersebut, iaitu;
a. Filem Pendek : Fiksyen

b. Filem Pendek : Dokumentari

c. Filem Pendek : Animasi



5. Durasi filem adalah tidak melebihi 30 minit untuk ketiga-tiga kategori.

6. Anugerah-anugerah Filem Pendek yang dipertandingkan adalah:

a. Filem Pendek Terbaik bagi setiap kategorib.

b. Filem Pendek Terbaik Keseluruhan

c. Anugerah Khas Juri

d. Penghargaan kepada Filem Pendek yang berjaya memenangi hadiah di Peringkat
Festival Antarabangsa bagi tahun 2004 dan 2005


7. Hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang adalah:

a. Setiap kategori akan menerima:

Hadiah Pertama - RM3,000, Trofi dan Sijil Penghargaan
Hadiah Kedua - RM2,000, Trofi dan Sijil Penghargaan
Hadiah Ketiga - RM1,000, Trofi dan Sijil Penghargaan

b. Filem Pendek Terbaik Keseluruhan akan menerima wang tunai berjumlah
RM5,000.00, bersama Trofi dan Sijil Penghargaan.
c. Anugerah Khas Juri akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, Trofi dan Sijil
Penghargaan
d. Filem Pendek yang berjaya memenangi hadiah di Festival Antarabangsa bagi tahun
2004 dan 2005 akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan Sijil Penghargaan

8. Penggunaan bahasa dalam Filem Pendek adalah bebas tetapi perlu disertakan
sarikata dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.



9. Format filem untuk penyertaan hendaklah dalam bentuk cakera padat video
digital (DVD) dan dikehendaki menyertakan 1 salinan filem (DVD) bagi setiap penyertaan/
kategori.



10. Setiap penyertaan hendaklah mempunyai sinopsis cerita, kenyataan pengarah
(director's statement) dan biodata pengarah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
(tidak melebihi 100 patah perkataan bagi setiap satu).



11. Penyertaan tidak dikenakan sebarang bayaran. Peserta yang berminat boleh
menyertai ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan dan menghantar seberapa banyak
penyertaan dengan menggunakan borang penyertaan yang disediakan (satu borang untuk
satu judul filem).

12. Segala kos penyertaan pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta
dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos serta kehilangan
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.



13. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1hb Jun 2006. Penyertaan selepas tarikh
tutup adalah tidak dilayan;



14. Filem pendek yang dipertandingkan akan ditayangkan bagi tujuan penjurian dan
tayangan umum secara percuma sepanjang Festival Filem Pendek Malaysia 2006
(FFiPMa'06) berlangsung.



15. Pihak Penganjur berhak membuat keputusan mengikut budi bicaranya sekiranya
terdapat sebarang kekeliruan atau keraguan mengenai syarat-syarat pertandingan yang
dinyatakan. Keputusan penganjur dan juri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.



16. Pihak penganjur berhak menyimpan kesemua salinan filem (DVD) yang
dikemukkan oleh peserta untuk pertandingan di Perpustakaan FINAS bagi tujuan simpanan
dan rujukan sahaja.



17. Pihak penganjur berhak meggunakan filem-filem tersebut atau sebahagian
daripadanya untuk tujuan publisiti dan promosi, atau untuk tayangan dalam program
kebudayaan yang bukan komersial yang dianjurkan oleh pihak FINAS atau KeKKWa, tanpa
menjejaskan hakcipta yang dipegang oleh penerbit atau pengarah filem berkenaan.



18. Borang penyertaan boleh diperolehi dari :http://www.finas.gov.my/FFiPMa.htm

No comments:

Search Real Reels

Google